Perkeso ketengah semangat kebangkitan dalam video 'Bangkit Raya'

Perkeso ketengah semangat kebangkitan dalam video ‘Bangkit Raya’

KISAH inspirasi Ayie dalam menghadapi cabaran, mencari kekuatan dan membina perniagaan keluarga sehingga berjaya. - GAMBAR PERKESO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena Syawal tahun ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mempersembahkan sebuah video iklan raya bertajuk ‘Bangkit Raya’, mengambil kira tahun 2023 yang merupakan tahun kebangkitan untuk semua.

Menurut Perkeso, mengangkat semangat ‘Kebangkitan’ sebagai tema, video itu membawa pelbagai nasihat yang mampu membuka mata penonton akan kepentingan perlindungan keselamatan sosial buat diri dan keluarga mereka.

Katanya, penekanan terhadap nilai tanggungjawab dan kekeluargaan disampaikan menerusi jalan cerita yang santai serta diselangi unsur komedi.

Ujarnya, melalui video iklan raya ini, Perkeso ingin penonton terus bersemangat dan sentiasa berusaha untuk bangkit semula daripada segala kesukaran yang dihadapi.

“Bangkit Raya mengisahkan semangat kebangkitan seorang pemuda yang menganggur bernama Ayie. Beliau asalnya bersikap berat tulang namun setelah kehilangan ayah tercinta, Ayie sedar akan tanggungjawab yang harus dipikul oleh beliau. Oleh itu, Ayie bangkit untuk meneruskan legasi perniagaan kuih bangkit keluarga yang selama ini telah menjadi punca pendapatan utama keluarga mereka.

“Video iklan raya ini bukan sekadar ingin menonjolkan semangat kekeluargaan sempena hari raya yang bakal menjelang. Video ‘Bangkit Raya’ mengangkat maksud bangkit, iaitu satu perkataan keramat yang boleh mengubah nasib seseorang sekiranya individu tersebut mampu mengubah cara berkifir, mengambil tindakan proaktif demi mencapai matlamat yang diingini berbekalkan sistem sokongan yang baik,” katanya dalam kenyataan.

Perkeso berkata, selaras dengan tema agensi itu tahun ini iaitu ‘Tahun Kebangkitan’, video iklan raya ini juga melambangkan matlamat utama Perkeso yang sentiasa bersedia dalam memberi perlindungan dan bantuan kepada pencarum untuk bangkit semula daripada sebarang musibah yang dihadapi.

“Bersama-sama kita #bangkit dan kekal #Prihatin dengan Perkeso. Video ‘Bangkit Raya’ dapat ditonton di saluran YouTube serta media sosial rasmi Perkeso,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya