Perjanjian Goldman Sachs perlu dirungkai semula - PM

Perjanjian Goldman Sachs perlu dirungkai semula – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berpendirian bahawa perjanjian kerajaan dengan Goldman Sachs perlu dirungkai semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah pendirian yang disuarakan oleh pengerusi pasukan tersebut, Datuk Seri Johari Ghani yang telah pun mula menjalankan tugas beliau.

Katanya, beliau turut bersetuju dengan pendirian pasukan petugas khas kerana menyifatkan kerajaan berhak memperoleh wang pampasan yang jauh lebih besar. 

“Saudara Johari sedang tumpu. Dalam maklumat awal, nampak dia masih berpandangan harus dirungkai semula perjanjian dengan Goldman Sachs.

“Saya setuju kerana dari awal saya anggap ia dibuat secara gopoh-gapah, maka ia timbulkan banyak persoalan oleh kelompok awal dahulu (kerajaan terdahulu).

“Kita harus memperoleh banyak, umpamanya dengan IPIC (International Petroleum Investment Company), masa dahulu mereka mahu selesai dengan jumlah lebih kecil, bila kita bertegas, kita dapat AS$1.8 bilion dolar, jadi bayaran yang besar,” katanya ketika ditemui pemberita.

JOHARI ABDUL GHANI

Katanya lagi, kerajaan akan terus berpendirian tegas bagi memastikan isu 1MDB dapat diselesaikan dengan segera.

“Orang kadangkala pandang ringan atau remeh dalam soal ketelusan dan ketegasan tapi sebenarnya ini menyelamatkan wang rakyat,” katanya.

Pada 2020, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa Goldman Sachs telah bersetuju untuk membayar AS$3.9 bilion bagi jumlah penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon yang telah disusun dan diatur oleh Goldman Sachs untuk 1MDB. 

Dengan jumlah penyelesaian ini dan wang yang telah diterima oleh Malaysia dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), lebih dari AS$4.5 bilion akan dikembalikan.

Penyelesaian ini merangkumi pembayaran tunai AS$2.5 bilion dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion dari segi aset yang berkait dengan hasil yang telah diseleweng melalui tiga urus niaga bon tersebut. 

Jumlah penyelesaian itu merupakan satu peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan tawaran sebelumnya sebanyak AS$1.75 bilion yang dibuat oleh Goldman Sachs pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya