KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) 30 April ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Arif yang juga pengerusi penganjur berkata, Perdana Menteri telah menerima jemputan kerajaan negeri untuk menghadiri rumah terbuka tersebut.
“Perdana Menteri akan bersama-sama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan kabinet negeri pada sambutan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, orang ramai turut dijemput ke rumah terbuka itu yang bermula pada pukul 10 pagi.- utusan