Perbezaan Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu diketepikan

Perbezaan Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu diketepikan

AHMAD Zahid Hamidi beramah mesra bersama Muhammad Sanusi Md. Nor ketika hadir ke Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW di Masjid Al-A'la, Pekan Jitra di Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Pendirian politik kepartian yang membezakan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diketepikan agar kepentingan rakyat secara keseluruhan menjadi keutamaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar kerajaan adalah menyantuni kekurangan, permasalahan dan juga pembangunan yang diperlukan negeri-negeri mengikut peruntukan yang telah ditentukan.

Katanya, kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri harus terjalin di mana-mana juga kementerian.

“Keserasian mesti diwujudkan dan jika terdapat jurang sekali pun mesti ada usaha untuk mendekatkan jurang itu. 

“Saya sebut tentang kepentingan rakyat perlu melebihi kepentingan-kepentingan politik dan kepentingan yang dianggap sebagai jumud atau sempit terhadap rasa amarah dan perbezaan antara pemimpin atau pengikut dalam hal ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW di Masjid Al-A’la di Pekan Jitra, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor serta pimpinan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Tambah Ahmad Zahid, rakyat mesti merasai sesuatu manfaat atau projek yang dibawa dengan semua keberhasilan yang dilaksanakan itu perlu menepati tanda aras kepuasan di peringkat akar umbi.

“KKDW sebagai salah sebuah kementerian yang mempunyai agensi utamanya di Kedah iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan terus menjalankan semua pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan dalam ucapan belanjawan lalu. 

“Saya mengambil pendekatan melakukan pemantauan terhadap prestasi, bukan hanya terhadap berapa peratusan perbelanjaan yang dikeluarkan. Saya mengkaji dari segi keberkesanan kepada kos sesuatu projek itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi KEDA yang baharu menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Pelantikan ini diharap dapat mengeratkan jalinan agensi KKDW dan kerajaan negeri,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan bantuan kepada lima peserta pertanian dan usahawan KEDA berjumlah RM41,678 dan dua peserta dari Projek Inisiatif Peningkatan Usahawan Terampil (INPUT) bernilai RM28,426. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya