Perancangan itu ada, cuma bukan sekarang - Mira Filzah - Utusan Malaysia

Perancangan itu ada, cuma bukan sekarang – Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengcara, Mira Filzah mahu memberi fokus kepada putera sulungnya, Wan Khair Amir terlebih dahulu sebelum merancang untuk menambah zuriat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mira berkata, dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada anaknya yang baru berusia setahun sementelah ketika ini, dia sudah kembali aktif dengan aktiviti seni.

“Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya mahu fokus Amir dulu. Memang saya dan suami ada berbincang menambah zuriat tetapi nanti dulu, kita beri perhatian kepada Amir dulu.

“Sekarang pun saya sudah kembali aktif selepas lebih setahun ‘berehat’. Saya lebih banyak luangkan masa dengan Amir seujurs pulang ke rumah dari set penggambaran.

“Apa sahaja yang saya lakukan, keutamaan tetap suami dan anak. Tiada niat lain untuk mencari rezeki halal selain daripada keluarga. Perubahan hidup mematangkan saya,” katanya.

Mira yang baru sahaja melancarkan jenama hijabnya sendiri, Mira Filzah juga berkata, suainya, Wan Emir Astar juga tidak meletakkan searang syarat untuk dia kembali aktif dalam dunia seni.

“Alhamdulillah, suami sangat terbuka saya kembali aktif. Dia adalah sistem sokongan saya yang terbesar. Tetapi saya sedar batas dan had sebagai seorang isteri.

“Apa yang saya lakukan, adalah kehendak saya. Suami selalu memberi sokongan selagi tidak bercanggah dengan hukum hakam. Saya seorang isteri dan ibu, saya tahu peranan itu.

“Saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu tempiasnya kena pada suami dan anak. Saya sebagai wanita cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk mereka,” ujarnya.

Mira yang baru menyambut ulang tahun ke-30 nya semalam mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir pada 2 September 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya