Peranan mahasiswa teras pembentukan perpaduan masyarakat Madani - Utusan Malaysia

Peranan mahasiswa teras pembentukan perpaduan masyarakat Madani

Peranan mahasiswa
AARON Ago Dagang dan Roziah Mohd. Janor (duduk, kiri) bergambar bersama tetamu dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM pada Majlis Pelancaran Kembara Perpaduan @ Kampus di UiTM Puncak Alam di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahasiswa mempunyai peranan kepada negara dalam mewujudkan perpaduan bangsa atau masyarakat madani yang maju, terampil, terangkum dan saling bertoleransi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, mahasiswa merupakan generasi pelapis akan mewarisi khazanah negara dan juga mencoraknya sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan.

“Justeru, UiTM sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) dipilih kerana memberikan sokongan penuhi terhadap usaha penghayatan perpaduan dengan menubuhkan Sekretariat Rukun Negara (SRN) di setiap kampus cawangannya. Ada 12 SRN yang berdaftar bawah UiTM.

“Saya amat berharap supaya institusi-institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta, politeknik, kolej matrikulasi atau Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dapat menjadi tapak integrasi dalam memupuk perpaduan dan kesepaduan masyarakat majmuk di negara kita,” katanya ketika berucap melancarkan program Kembara Perpaduan @ Kampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, malam tadi.

Beliau menambah, detik-detik perpaduan juga dapat terhasil dengan berlakunya interaksi antara mahasiswa dan warga IPT yang berbilang bangsa dan agama melalui penyertaan di dalam pelbagai aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan.

Sementara itu Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, UiTM mengalu-alukan pelancaran program tersebut sebagai permulaan agenda mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga  universiti selain UiTM di negara ini.

“Apa yang lebih penting, agenda mengukuhkan perpaduan bukan terhad kepada menyatupadukan hubungan antara kaum malahan mengukuhkan perpaduan di dalam  kaum itu sendiri.

“UiTM dengan ini berharap program ini menjadi titik tolak kepada usaha mewujudkan perpaduan yang kukuh melibatkan 30,000 pelajar dan 4,000 kakitangan khususnya di Shah Alam dan 187,000 pelajar UiTM di seluruh negara,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya