Penyerang masih direman, Kamal Adli takut keluar rumah - Utusan Malaysia

Penyerang masih direman, Kamal Adli takut keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose, 30, memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Institu Kesihatan Mental (IMH) Singapura berkenaan status kesihatan mental penyerang yang mencederakan suaminya, Kamal Adli, 36, Mac lepas.

Kata Uqasha, belum ada sebarang perkembangan yang boleh dikongsikan buat masa ini, hanya menunggu respons institut berkenaan pada bila-bila masa.

“Penyerang telah dimasukkan ke Institut Kesihatan Mental (IMH) Singapura dua minggu. Namun kami masih belum terima apa-apa jawapan tentang dia sampai sekarang.

“Saya difahamkan proses itu dilanjutkan satu minggu lagi. Jadi, buat masa ini kami masih menunggu maklum balas daripada pihak di sana,” katanya.

Kamal, sekitar Mac lepas cedera teruk di kepala dan badan selepas diserang lelaki tidak dikenali yang bersenjata cota.

Kejadian itu berlaku ketika pasangan tersebut menghadiri sebuah karnival jualan yang diadakan di Singapura.

Lelaki berkenaan, yang didakwa di mahkamah Singapura atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya telah diperintah mahkamah untuk menjalani tahanan reman di IMH.

Sementara itu, ditanya tentang keadaan Kamal, kongsi Uqasha, suaminya lebih memilih untuk berdiam di rumah kerana masih ketakutan dan trauma dengan serangan yang menimpanya.

“Dia takut nak keluar rumah, lebih memilih untuk duduk di rumah. Tapi, disebabkan terperap di rumah, dia jadi sedikit tertekan. Dia sebenarnya nak bekerja, tapi keadaan dia masih tak mengizinkan. Dengan kecederaan yang masih dalam proses pemulihan dan emosi yang masih terganggu membuatkan dia tak dapat untuk berbuat apa-apa sekarang ini.

“Sebagai individu yang melihat sendiri kejadian itu berlaku depan mata, memang perasaan takut itu masih ada. Keluar ke mana-mana masih berdebar-debar apatah lagi selepas melihat suami sendiri diserang.

“Disebabkan itu kemana sahaja saya pergi pasti berteman, memang saya tak berani untuk keluar berseorangan,” katanya lagi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya