Penunggang motosikal maut bertembung lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut bertembung lori

Penunggang
KEADAAN motosikal dan penunggangnya yang maut selepas bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian kemalangan dekat Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah lori dalam satu kejadian kemalangan berhampiran stesen minyak Petron di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.40 malam itu, pemandu lori terbabit hendak melintas di garisan berkembar untuk masuk ke stesen minyak sebelum dilanggar motosikal dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut menyebabkan mangsa lelaki berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal mendapati, lori dipandu lelaki berusia 37 tahun datang dari arah Puncak Alam sedang berhenti untuk membelok masuk ke simpang kanan bagi menuju ke stesen pam minyak Petron.

“Semasa pemandu lori sedang membelok masuk ke simpang kanan, tiba-tiba datang penunggang motosikal yang pada waktu itu sedang bergerak lurus dari arah Shah Alam tidak sempat mengelak terus melanggar di bahagian tepi lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya