Penunggang motosikal lari selepas terlibat kemalangan dengan polis dikesan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal lari selepas terlibat kemalangan dengan polis dikesan

KEADAAN anggota polis yang terlibat dengan kemalangan dengan penunggang motosikal lain yang kemudiannya melarikan diri di Jalan Bagan, Butterworth, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan dengan seorang anggota polis dalam kejadian di jalan Bagan Dalam, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.55 pagi ketika anggota polis terbabit sedang membuat pemantauan anggota bertugas.

Jelasnya, siasatan mendapati motosikal yang ditunggang oleh anggota polis terbabit dari arah Bagan Luar menghala ke Bagan Dalam itu bergesel dengan motosikal yang ditunggangi oleh individu terlibat.

“Selepas kemalangan, penunggang dengan nombor pendaftaran motosikal yang tidak diketahui itu disyaki telah melarikan diri.

“Sehubungan itu, kita sedang giat mengesan penunggang motosikal terbabit untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, anggota polis terlibat yang bertugas di Balai Polis Butterworth di sini mengalami kecederaan di bahagian rahang sebelah kiri, cedera mata sebelah kiri, luka di dahi, luka-luka di jari kedua-dua belah tangan dan di kedua-dua belah kaki.

“Beliau masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Tambahnya, orang ramai, mana-mana pihak atau saksi yang mempuyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122 atau ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Jenny Jay Rumalin di talian 013-8781700.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya