Penunggang e-halling tunggang motosikal melulu, bahaya pengguna lain - Utusan Malaysia

Penunggang e-halling tunggang motosikal melulu, bahaya pengguna lain

FATIMAH Mohamed Ali Piah (kiri) memeriksa salah sebuah motosikal ‘hantu’ yang ditahan sewaktu Ops HRA 2023 di KM26 Jalan Changlun-Kuala Perlis, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kesalahan jalan raya membabitkan penunggang motosikal e-halling semakin membimbangkan dengan kebanyakkan mereka sering dikesan menunggang secara melulu sehingga membahayakan pengguna lalu lintas lain.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah, pihaknya mengesan kesalahan jalan raya membabitkan penunggang motosikal e-hailing di negeri ini agak serius kebelakangan ini.

Katanya, tindakan tersebut boleh merisikokan pengguna jalan raya yang lain.

“Berikutan itu, JPJ akan meneruskan advokasi kepada semua pengunggang motosikal agar mereka dapat mengamalkan pemanduan selamat,” katanya ketika ditemui selepas pemeriksaan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2023 di KM26 Jalan Changlun-Kuala Perlis di sini, semalam.

Mengulas mengenai Ops HRA 2023, Fatimah berkata, sebanyak 4,853 kenderaan telah diperiksa bermula dari 18 sehingga 26 April dan daripada jumlah itu, 273 kenderaan telah dikenakan tindakan membabitkan 484 kesalahan.

Menurut beliau, sebanyak 542 notis turut dikeluarkan oleh JPJ negeri melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan ops tersebut.

“Antara kesalahan yang dikenakan tindakan adalah membabitkan pelesenan pemandu, pelesenan kenderaan, lebih muatan dan pelbagai lagi.

“Kesalahan lain yang dikenal pasti kerap dilakukan oleh pengguna jalan raya membabitkan penunggang motosikal membuat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan dan kenderaan memotong di garisan berkembar,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, seorang penunggang motosikal ‘hantu’ bersama seorang pembonceng menjadi antara individu ditahan dalam Ops HRA  2023.

Katanya, penunggang motosikal berkenaan didapati melakukan beberapa kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM), insurans kenderaan, lesen memandu dan cermin pandang sisi.

“Menerusi semakan awal, penunggang motosikal berusia 18 tahun itu bersama seorang pembonceng sedang dalam perjalanan dari Changlun, Kedah menuju ke rumah rakan mereka di Kodiang, Kedah sebelum ditahan di sekatan jalan raya berkenaan.

“Penunggang remaja itu turut mengakui telah menunggang motosikal tanpa lesen sah sejak berusia 15 tahun lagi. Berikutan itu, JPJ Perlis mengambil tindakan menyita motosikal berkenaan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya