Penonton pandang bakat - Amerul Affendi

Penonton pandang bakat – Amerul Affendi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi, 36, meluahkan rasa gembira terhadap penerimaan penonton yang kini lebih memandang bakat berbanding rupa paras seseorang pelakon.

Kata Amerul, perubahan tersebut perlu diteruskan untuk membolehkan industri filem dan drama tempatan berkembang dengan lebih baik.

“Ramai penonton sudah tidak lagi memandang rupa paras pelakon semata-mata. Mereka sekarang menerima drama atau filem yang dibintangi pelakon berbakat.

“Contohnya drama Projek High Council yang berjaya menarik penonton yang ramai meskipun pelakon-pelakon utamanya tidaklah terlalu tampan.

“Keadaan ini membuktikan pola sokongan penonton kita sudah berubah. Selagi naskhah yang disajikan itu bagus dan berkualiti, selagi itu penonton akan tengok,” katanya.

Amerul berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran filem Sumpahan Jerunei di ibu kota baru-baru ini.

Kata pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini, dia juga gembira apabila semakin ramai pengarah muda berbakat yang mewarnai industri filem dan drama tanah air.

Katanya, kehadiran mereka akan mendatangkan perubahan positif dan merancakkan lagi penghasilan produk filem dan drama yang berkualiti dan kreatif.

“Hala tuju dan kualiti filem dan drama ditentukan seni pengarahan yang baik dan berimpak tinggi. Ia terletak di tangan pengarah selain produser.

“Saya gembira dengan kehadiran pengarah-pengarah muda yang kreatif dan pemikiran mereka lebih terbuka.

“Saya harap lebih ramai lagi pengarah muda tampil mewarnai industri di masa akan datang,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya