Penjawat awam jual air ketum ditahan polis

Penjawat awam jual air ketum ditahan polis

BOTOL berisi air ketum yang berjaya dirampas daripada seorang penjawat awam di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam ditahan selepas disyaki menjual dan mengedar air ketum di Presint 9, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner, A Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan 12 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).

Beliau berkata, suspek ditahan ketika berada di lobi sebuah kuarters penjawat awam Presint 9 bersama dua botol cecair disyaki air ketum.

“Hasil siasatan susulan kemudian merampas lima lagi botol plastik disyaki berisi air ketum menjadikan keseluruhan yang dirampas sebanyak 10.5 liter.

“Kami juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan jenayah narkotik dan jenayah harta benda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek memperoleh bekalan seminggu sekali daripada pembekal di Kampung Labu Lanjut, Sepang dan menjual pada harga RM18 sebotol.

A Asmadi berkata, suspek disyaki menjalankan aktiviti perniagaan air ketum di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini di mana pelanggan tetapnya dalam kalangan kenalan.

“Suspek di bawa ke IPD Putrajaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya