Penipuan skim pelaburan: Ramai keliru, marah dengan undang-undang  - Utusan Malaysia

Penipuan skim pelaburan: Ramai keliru, marah dengan undang-undang 

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepelbagaian perundangan yang tidak menyelaraskan tindakan semua pihak berkuasa menyebabkan mangsa kepada skim pelaburan keliru kerana seolah-olah tiada tindakan diambil pihak berwajib.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kes-kes penipuan melibatkan skim pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat dilihat semakin serius apabila terdapat banyak dalam kalangan masyarakat terpedaya dengan melaburkan kewangan mereka.

Menurut beliau, terdapat banyak undang-undang yang melibatkan pihak penguat kuasa atau agensi berbeza untuk mengambil tindakan menyebabkan kebanyakan mangsa berasa keliru kerana merasakan tiada tindakan diambil untuk kes mereka.

“Bukan sahaja polis, kalau polis dia perlu mengikuti Akta Kanun Keseksaan. Tetapi macam Akta Perkhidmatan Pasaran Modal adalah Suruhanjaya Sekuriti dan Akta Perkhidmatan Kewangan pada Bank Negara.

“Oleh kerana banyak agensi yang menyiasat, apabila mangsa membuat laporan kepada pihak polis, pihak berkuasa tersebut selalunya akan melihat sama ada wujud jenayah atau tidak kerana mereka hanya menyiasat kesalahan di bawah penal code (Kanun Keseksaan).

“Jadi apabila dia tidak melihat ada kesalahan itu tadi, dia akan mengatakan bahawa ini adalah kes patut dirujuk kepada lain-lain agensi ataupun tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya ketika temu bual di sebuah rancangan televisyen di sini.

Musa yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) berkata, negara memerlukan sebuah undang-undang yang menggabungkan semua kesalahan berkaitan bagi memastikan masyarakat tidak terus keliru.

Jelasnya, orang awam juga dinasihatkan untuk mengambil tahu prosedur-prosedur berkaitan supaya tidak mempunyai anggapan salah bahawa kes-kes yang dilaporkan mereka itu tidak diambil tindakan lanjut.

“Jadi ini selalunya mendatangkan kekeliruan pada masyarakat dan selalunya mereka tidak berpuas hati terhadap tindakan pihak berkuasa seolah-olah pihak penguat kuasa ini tadi menolak semua siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya