Peniaga ayam rayu pulangkan beg sandang berisi wang

Peniaga ayam rayu pulangkan beg sandang berisi wang

SITI IZRAHAYU Mohd. Zamri menunjukkan gambar beg sandang yang hilang dan laporan polis dibuat di Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib menimpa sepasang suami isteri selepas beg sandang yang berisi wang tunai berjumlah RM20,000 hasil jualan ayam didapati hilang, pagi kelmarin.

Siti Izrahayu Mohd. Zamri, 33, dan suami, Mohammad Saiful Naim Basri, 33, memohon jasa baik orang ramai yang menjumpai beg berwarna hitam itu supaya memulangkannya.

Katanya, wang tunai berkenaan amat penting buat mereka sekeluarga untuk membayar hutang bekalan ayam kepada pembekal.

“Sebelum kejadian beg sandang dengan tulisan PUMA itu telah dipakai oleh suami, kami percaya ia tercicir ketika membuat penghantaran ayam, pagi Ahad lalu.

“Kali terakhir beg itu dilihat dipakai oleh suami kira-kira pukul 10.15 pagi semasa membuat penghantaran ayam yang telah diproses kepada beberapa pelanggan.

“Suami menaiki kereta di sekitar Tanjung Minyak, Cheng dan Bukit Rambai sebelum singgah di tempat pembuangan sampah untuk membuang sisa ayam dan terus pulang semula ke rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Siti Izrahayu, selain wang tunai mereka turut kehilangan pelbagai dokumen penting termasuk kad pengenalan suami, lesen memandu, kad pengesahan nikah, kad bank, invois jual beli ayam dan buku hutang pembelian ayam.

Jelasnya, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Tanjung Minyak berhubung kehilangan tersebut.

“Kami buntu hendak mencari duit sebanyak itu bagi membayar hutang kepada pembekal dan merayu sekiranya ada yang menjumpai dapat menghubungi di talian 013-7962030,” rayunya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya