TELUK INTAN: Kesukaran mendapatkan buluh lemang setiap kali hari raya mendorong seorang pesara di sini menanam pokok buluh itu di tanah kebun miliknya seluas tiga ekar. Mula menanam kira-kira 30 perdu atau rumpun buluh lemang pada 2000, kini Mahmud Salikun, 77, mempunyai lebih 500 perdu buluh lemang dan sudah mendatangkan hasil. Katanya, setiap kali menjelang sambutan hari raya, kebunnya yang terletak tidak jauh dari rumahnya di Taman Melur di sini menjadi tumpuan pembuat lemang. Katanya, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, dia dapat mengeluarkan lebih 5,000 batang buluh lemang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya