Penduduk diminta berwaspada kejadian tanah runtuh di Beruas - Utusan Malaysia

Penduduk diminta berwaspada kejadian tanah runtuh di Beruas

PEGAWAI dan anggota APM memantau keadaan tanah runtuh yang berlaku di Beruas malam tadi. - UTUSAN/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERUAS: Penduduk di sekitar Kampung Buruk Bakul di sini diminta berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca ekoran terdapat satu kejadian tanah runtuh di kawasan itu semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Manjung, Kapten Suliana Mohamad berkata, runtuhan tanah itu dimaklumkan kepada pihaknya oleh orang awam pada pukul 9.20 malam.

Katanya, kejadian runtuhan tanah itu bagaimanapun tidak menjejaskan rumah penduduk kecuali pagar surau dan dewan.

“Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu, enam anggota diatur gerak ke lokasi bagi memantau keadaan runtuhan yang berlaku akibat aliran air dari atas bukit berhampiran.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada sebarang pergerakan tanah dikesan namun penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada jika berlaku hujan berterusan,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, dalam kejadian itu, lima buah rumah dinaiki air namun tiada penduduk yang dipindahkan kerana air mulai surut.

“Kita akan pantau kawasan runtuhan itu dan mengambil tindakan segera jika situasi semakin buruk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya