Pendawaian elektrik punca kebakaran premis, rumah musim Aidilfitri - Utusan Malaysia

Pendawaian elektrik punca kebakaran premis, rumah musim Aidilfitri

Punca kebakaran
ABDUL Wahab Mat Yasin (tiga, kiri) menyaksikan Nga Kor Ming dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa bersama merasmikan program kempen itu dan helikopter EMARS dekat pekarangan AEON Mall, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, hari ini.- UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masalah pendawaian elektrik dikenalpasti menjadi punca utama kebakaran premis bangunan dan rumah sepanjang musim Aidilfitri tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pihaknya sentiasa merekodkan kes dan memantau trend kebakaran sepanjang operasi sempena sambutan perayaan itu.

Katanya, statistik tahun lalu mencatatkan peningkatan empat peratus atau 46 kes berbanding tahun sebelumnya. 

“Bagi kes kebakaran struktur, pendawaian elektrik menjadi punca utama yang menjadi sumber nyalaan dan punca kebakaran.

“Ia antaranya melibatkan ‘resistance heating’ (rintangan pemanasan), litar pintas dan ‘overload’ (lebihan bebanan),” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran helikopter Emergency Air Ambulance Rescue Services  (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM 2023 di perkarangan AEON Mall, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Jelas Abdul Wahab, orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terutama dalam menggunakan perkakas elektrik ketika musim perayaan ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mengenalpasti dan merancang untuk menempatkan jentera serta keanggotaan di 14 lokasi panas lebuh raya di seluruh negara.

“Ia bagi mempercepatkan masa bertindak terutama pada waktu puncak melibatkan jentera pemadaman, penyelamatan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Gerakan Ops Ronda di lebuh raya itu akan dilaksanakan bermula 20 hingga 27 April ini dengan melibatkan 252 anggota bertugas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya