Pemuda, Puteri UMNO Arau agih bubur lambuk - Utusan Malaysia

Pemuda, Puteri UMNO Arau agih bubur lambuk

ABDUL Azim Abdullah (dua dari kiri) dan Aida Syafinaz Isa bersama anggota pergerakan pemuda dan puteri UMNO Arau bergotong royong menyediakan bubur lambuk di Kubang Gajah, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Arau bergotong-royong bersama menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada asnaf di sekitar kawasan tersebut.

Program kucai bubur lambuk gabungan dua sayap parti itu diadakan di rumah bapa Ketua Cawangan UMNO Kubang Gajah bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

Sebanyak 500 pek bubur lambuk disediakan yang akan diagihkan kepada golongan asnaf dan pemuda serta puteri di bahagian berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Abdul Azim Abdullah berkata, acara gotong royong memasak bubur lambuk itu diadakan sejak pukul 8.30 pagi melibatkan kira-kira 30 orang dalam kalangan pemuda dan puteri.

Katanya, pengagihan sumbangan itu merupakan acara tradisi yang sering diadakan setiap kali bulan Ramadan.

“Dalam bulan penuh keberkatan ini, kita tidak pernah melupakan golongan yang memerlukan dan sering meraikan mereka melalui pelbagai aktiviti yang diadakan.

“Melalui agihan bubur lambuk ini diharap  dapat memeriahkan lagi sambutan bulan mulia ini dan membantu meringankan beban umat Islam yang dijangka menyambut Ramadan pada Sabtu ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah Abdul Azim, kerjasama erat ditunjukkan dalam kalangan pemuda dan puteri dalam menjayakan program tersebut.

“Insya-Allah kita akan meneruskan pelbagai aktiviti di bahagian ini daripada masa ke semasa dalam mendekati rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya