Pembuangan haram sisa minyak sawit punca cemar Sungai Serdang - Utusan Malaysia

Pembuangan haram sisa minyak sawit punca cemar Sungai Serdang

Sisa sawit
KEADAAN air tercemar di Sungai Serdang, Kapar, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa minyak kelapa sawit antara punca utama mengakibatkan pencemaran Sungai Serdang, Kapar di sini, semalam.

Perkara itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang menemukan aliran air berwarna putih di sekitar sungai berkenaan akibat sisa tersebut yang dipercayai dibuang oleh indiviu yang tidak dikenal pasti menggunakan sebuah lori tangki.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, maklumat berkaitan masalah kualiti sumber air itu diterima daripada orang awam lewat petang semalam.

“Punca awal melibatkan sisa arang batu daripada stesen janakuasa elektrik yang mengalir ke dalam parit kawasan kampung dan Sungai Serdang.

“Aliran sisa itu berpunca kebocoran di premis berkenaan dan tiada lagi aliran tercemar dikesan berikutan kerja pembaikan telah segera dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Loy Sian, siasatan lanjut kemudian menemui aliran air putih di kawasan berdekatan.

“LUAS melakukan pensampelan sisa minyak sawit itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa lanjut. 

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut akan menyemak status pemilik tanah dan pengurusan sisa pepejal yang dibuang secara haram itu bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambah beliau, insiden itu tidak mengakibatkan gangguan bekalan air berikutan tiada Loji Rawatan Air (LRA) di sekitar Sungai Serdang.

“Namun, LUAS sentiasa peka memastikan sumber air negeri terutama sungai sentiasa terpelihara dan diambil tindakan segera. Kerajaan negeri turut menyeru orang ramai tidak melakukan aktiviti yang  memberi kesan kepada sumber air sehingga menjejaskan operasi LRA sepanjang musim perayaan ini,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya