Pemandu terlelap punca lori terjunam dalam laut - Utusan Malaysia

Pemandu terlelap punca lori terjunam dalam laut

ANGGOTA bomba mengangkat mayat pemandu lori yang lemas selepas mangsa bersama lori yang dipandunya terjunam dalam laut di Lumut Port di Sitiawan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Siasatan awal polis mempercayai pemandu terlelap menjadi punca lori dipandunya terjunam ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal, Lumut Port, Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ketika kejadian, kerja-kerja memunggah muatan sedang dilakukan pada lori tersebut di pelabuhan tersebut.

“Pemandu dipercayai terlelap hingga menyebabkan lori itu bergerak dan terjunam ke dalam laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693 untuk membantu siasatan.

Mangsa, Aqil Rasydan Razmi, 20, ditemui di dalam kabin tempat duduk pemandu lori tersebut apabila kenderaan itu berjaya dinaikkan kira-kira pukul 9.45 pagi ini, lebih kurang empat jam selepas kejadian itu dipercayai berlaku. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya