Pemandu lori didenda RM10,000 pindah kambing tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Pemandu lori didenda RM10,000 pindah kambing tanpa kebenaran

ABLI Abdullah (kiri) yang mengaku salah memindahkan 62 ekor kambing tanpa kebenaran JPV berbincang dengan Mohd. Shahihan Mohd. Tahar (tengah) di Mahkamah Majistret Setiu di Setiu, hari ini. - UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan memindahkan 62 ekor kambing tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), tahun lalu.

Hukuman itu dibuat Majistret Ainis Abu Hassan Ashaari, setelah tertuduh, Abli Abdullah, 46, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini.

Mahkamah kemudian turut menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan 62 ekor kambing bernilai RM28,470 tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah JPV Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat pekan Chalok, di sini, kira-kira pukul 11.15 malam pada 13 Oktober 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Perenggan i(b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah Negeri Terengganu di bawah Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM15,000 di bawah Subseksyen 36(7) Akta yang sama.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPV, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya