Pemandu dalam video gaduh tular ditahan - Utusan Malaysia

Pemandu dalam video gaduh tular ditahan

TANGKAP layar video pergaduhan antara pemandu kereta dan lori di Jalan Permatang Janggus, Perai, Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERAI: Polis menahan seorang lelaki tempatan berikutan penularan rakaman video kejadian pergaduhan membabitkan dua individu di Jalan Permatang Janggus, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, suspek yang berusia lewat 30-an itu ditahan pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Jalan Permatang Janggus menghala ke Permatang Pauh pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan.

“Menerusi video itu, kelihatan sebuah kereta dan lori berhimpit antara satu sama lain sebelum kedua-dua pemandu memberhentikan kenderaan masing-masing dan bergaduh.

“Pemandu kereta dilihat telah mengeluarkan satu objek dari dalam bonet belakang keretanya dan bertindak memukul nombor plat di bahagian hadapan lori terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular satu video berdurasi dua minit 40 saat yang dimuat naik di laman Twitter milik ‘Nan Manjoi’ yang memaparkan pergaduhan antara dua pemandu berkenaan yang turut melibatkan penggunaan senjata dan merosakkan kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya