Pelayan tular dipeluk buka cawangan kedai air buah   - Utusan Malaysia

Pelayan tular dipeluk buka cawangan kedai air buah  

DARLENE menyiapkan air buah yang dipesan pelanggannya di kedainya di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelayan sebuah kedai air buah di Kampung Saujana, Setiu, yang kisahnya tular dipeluk pelanggannya kini membuka cawangan baharu di Jalan Pasir Panjang, di sini, sejak awal Ramadan ini.

Pembukaan cawangan baharu kedai tersebut tular di media sosial baru-baru ini memaklumkan pemiliknya yang juga merupakan pelayan dikenali Darlene turut berada di kedai tersebut.

“Bbuka pose (puasa) ngan (dengan) air buah lu (dulu) sekali ari (hari) ni. Nok gi beli tah (di) Setiu jauh ngakk (sangat). Mujur ade bbuke cawangan baru sini.

“Tokey dia pun ada gok (juga). Sobem (jangan) tanya ahh mane. Kekgi (nanti) sek (orang) laki ramai gi (pergi) beli haha,” tulis pengendali akaun kumpulan Facebook, Tganung Kita.

Sementara itu, salah satu komen menarik seorang netizen bernama Iqhwan Solehim di perkongsian page itu menyatakan, “Dlm, byk2 komen.. Hok (yang) ak (aku) tgk org puan nebeng (banyak) kli (sekali) dok mrohh (marah).. Org laki rilek je komen tya (tanya) kedai kt (dekat) mana. Sptutnya (sepatutnya) supprt (sokong) laa melayu kita niaga!,”.

Dalam pada itu, Darlene ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia membuka cawangan baharu kedai air buah di Pasir Panjang di sini sejak awal Ramadan lalu.

Menurutnya, cawangan tersebut dibuka selepas restoran di Kampung Saujana ditutup sementara pada sepanjang Ramadan ini.

“Bagaimanapun, kedai air buah di Kampung Saujana itu akan dibuka semula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Cawangan baharu ini dibuka pada bulan Ramadan bermula petang hingga awal pagi,”  katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan pula mendapati kedai tersebut dipenuhi pelanggan terutamanya selepas solat sunat Tarawih.

Utusan Malaysia pada 6 Julai 2022 lalu melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam  (JHEAT) melakukan serbuan di kedai makan di Kampung Saujana selepas tular video dua pelanggan memeluk bahu dan pinggang seorang wanita.

Difahamkan anggota penguat kuasa JHEAT melakukan serbuan itu bagi menjalankan siasatan berhubung video yang tular berkenaan. 

Selepas kejadian itu, Darlene hanya melakukan kerja-kerja di dapur dan tidak lagi menjadi pelayan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya