Pelantikan Pengerusi JPKKP tidak lagi hanya dalam kalangan ketua cawangan - Utusan Malaysia

Pelantikan Pengerusi JPKKP tidak lagi hanya dalam kalangan ketua cawangan

ROZABIL Abd. Rahman beramah mesra bersama pengamal media pada Majlis Moreh Bersama Media di The Bunker Cafe, Batas Liku, Arau, Perlis semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri ini tidak lagi akan hanya dipilih dalam kalangan ketua cawangan namun turut melibat kelompok lain.

Bagi tujuan itu, Badan Perhubungan UMNO negeri akan memilih lebih ramai calon pengerusi JPKKP dalam kalangan pemuda, wanita dan ketua masyarakat yang dekat dan disenangi dalam kalangan rakyat di sesuatu kawasan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, pihaknya juga telah mengarahkan penyelaras di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengenal pasti calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan tersebut.

“Kali ini UMNO negeri tidak lagi akan menggunakan pendekatan seperti dahulu di mana ketua cawangan akan dilantik bagi memegang jawatan pengerusi JPKKP.

“Perkara ini diputuskan menerusi mesyuarat perhubungan lalu di mana kita bersetuju yang pelantikan jawatan itu bukan hanya diambil kira berdasarkan calon yang memegang jawatan ketua cawangan sahaja,” katanya selepas Majlis Moreh Bersama Media di The Bunker Cafe, Batas Liku, di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan persetujuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi menjadikan Perlis sebagai negeri pertama memulakan pemilihan jawatan pengerusi JPKKP.

Ahmad Zahid juga telah memberi kebenaran kepada setiap Ketua UMNO Bahagian di negeri ini untuk memulakan proses pemilihan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Rozabil berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat juga calon dalam kalangan parti-parti lain bakal dilantik untuk memegang jawatan berkenaan.

“Kemungkinan pelantikan daripada parti lain itu ada namun kita belum bincang perkara itu secara lebih teliti.

“Namun berdasarkan perbincangan awal saya bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) di negeri ini, mungkin kita akan sediakan beberapa tempat buat calon parti lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya