Pelan pembangunan Kuala Lumpur ditangguh akhir Mei - Utusan Malaysia

Pelan pembangunan Kuala Lumpur ditangguh akhir Mei

PPKL
ANWAR Ibrahim menyantuni penduduk PPR Kampung Baru Hicom ketika berkunjung ke sana bagi merasmikan Program K2K di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelan Pembangunan Kuala Lumpur (PPKL) ditangguhkan sehingga akhir Mei bagi membolehkan lebih banyak input diperoleh daripada pelbagai pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan mendapatkan pandangan yang dapat memperkasakan pelan pembangunan tersebut.

“Saya minta maklumat pelan tersebut diberikan kepada ahli politik, syarikat pemaju, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar (dalam hal pembinaan) supaya mereka boleh memberi pandangan mereka sehingga akhir Mei.

“Saya beri ruang sebulan lebih untuk pelan tersebut diperbaiki sehingga akhir Mei ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom di sini, hari ini. 

Bagaimanapun menurut beliau, projek pembangunan yang dirancang syarikat swasta di atas tanah milik mereka sendiri, akan diteruskan seperti biasa.

Jelas Anwar, kerajaan tidak akan menangguhkan lagi PPKL kerana perbincangan berhubung pelaksanaan pelan itu sudah pun dibuat sepanjang tempoh tujuh tahun lalu.

“Tumpuan kerajaan (dalam PPKL) adalah buat projek yang menjana ekonomi (rakyat dan kawasan setempat) sambil memelihara alam sekitar.

“Di samping itu, (dalam PPKL) gerai baharu akan dibina mengikut piawaian antarabangsa dan kita nak pastikan gerai itu bersih selepas ia digunakan,” ujarnya.

Tambahnya, PPKL adalah perancangan berasaskan komponen sistem pelan pembangunan yang mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya