Pelajar UUM mula tinggalkan kampus

Pelajar UUM mula tinggalkan kampus

MOHD. Fo’ad Sakdan (kiri) beramah mesra dengan para pelajar yang hendak pulang ke kampung ketika program pelepasan pelajar di hadapan Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin UUM Sintok di Kubang Pasu., hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mula meninggalkan kampus untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan dalam pada itu berulang kali mengingatkan mereka supaya berhati-hati ketika memandu atau menunggang kenderaan sendiri ataupun menggunakan pengangkutan awam semasa pulang kelak.

“Pandulah dengan cermat dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan berhenti berehat sekiranya keletihan. Pihak pengurusan universiti sentiasa mendoakan semuanya selamat dalam perjalanan dan kepulangan ini dapat menyerikan lagi keluarga terutama di pagi Syawal,” katanya di hadapan Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin UUM.

Menurut Mohd. Foad, bagi para pelajar yang tidak dapat pulang berhari raya terutama dari Sabah, Sarawak dan luar negara, mereka akan menyambut perayaan dengan kakitangan dan pelajar yang berada di kampus itu.

Baru-baru ini, universiti memberi kebenaran untuk pelajar mengadakan kuliah secara dalam talian pada minggu ketiga pengajian bagi semester kedua sesi 2022/2023 selepas menerima permohonan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Pihak universiti meluluskan kuliah secara dalam talian mulai 16 April hingga 20 April sama ada secara segerak (synchronous) atau tidak segerak (asynchronous).

“Semoga semua pelajar dan warga UUM dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah selepas dua tahun kita tidak dapat menyambutnya kerana Covid-19 tempoh hari,” katanya.

Seorang pelajar, Nur Aini Mohd. Nawawi, 20, berkata, dia tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya di Machang, Kelantan, untuk bertemu dengan ibu bapa dan sanak-saudara.

“Saya sangat gembira apabila diberi peluang pulang ke kampung bertemu keluarga terutama ibu dan ayah saya serta adik-beradik lain untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Saya akan sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya dan akan mematuhi segala peraturan lalu lintas bagi memastikan saya selamat sampai ke pangkuan keluarga dan dapat menyambut hari raya dengan meriah” katanya.

Rakannya, Nor Sofia Hizal Omal, 20, pula berkata, meskipun sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Semporna, Sabah, dia masih boleh menyambut hari raya dengan rakan-rakan senasibnya di kampus.

“Sedih juga kerana tidak dapat pulang ke kampung, memandangkan kos tiket penerbangan agak mahal. Jadi saya ambil keputusan beraya di sini bersama rakan-rakan dan kakitangan UUM lain yang tidak dapat pulang ke kampung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya