Pelajar terlantar, tak sempat habiskan SPM - Utusan Malaysia

Pelajar terlantar, tak sempat habiskan SPM

SUHAIDA Lim Tahir menjaga Muhammad Azli Danial yang kini terbaring di rumah mereka di Petri Jaya, Kota Tinggi selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menduduki kertas terakhir peperiksaan SPM bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Luluh hati seorang ibu apabila anak yang menjadi harapan keluarga terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menduduki kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan lalu.

Suhaida Lim Tahir, 45, berkata, anaknya, Muhammad Azli Danial, 17, merupakan antara pelajar cemerlang yang menjadi harapan guru apabila tersenarai sebagai lima calon sasaran sekolah dalam peperiksaan itu.

Akibat kemalangan tersebut, anak kedua daripada empat beradik itu kini hanya terbaring selepas mengalami retak tulang belakang apabila motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.

“Ketika kejadian Muhammad Azli dalam perjalanan dari rumah kami di Petri Jaya menu­ju ke sekolah di Felda Linggiu untuk menduduki kertas terakhir­nya, Matematik Tambahan. Susulan kemalangan itu, keadaannya agak kritikal kerana melibatkan tulang belakang menyebabkan sukar untuk bergerak.

“Selama 16 hari Muhammad Azli ditempatkan di wad, selepas doktor melakukan pembedahan implan tulang belakang barulah dia dibenarkan pulang minggu lepas. Melihat keadaannya sekarang yang sudah tidak seperti remaja lain memang luluh rasa hati dan bagaimana nanti untuk dia menyambung pelajaran mencapai cita-citanya yang mahu menjadi seorang pendidik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Sepanjang di wad, Suhaida dan anak sulung yang berusia 26 tahun silih berganti menjaga Muhammad Azli dan akibat ke­rap bercuti, anaknya yang be­kerja kilang serta suaminya yang merupakan seorang juruteknik hampir dibuang kerja.

Selain perlu menguruskan anaknya itu, dia turut menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya yang mempunyai sakit darah tinggi selain bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Azli boleh menyalurkannya ke dalam akaun BSN Suhaida Lim bernombor 0199541100809537. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya