Pelajar sekolah maut langgar MPV - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah maut langgar MPV

Pelajar maut
KEADAAN Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Parit Baru, Sungai Tengar, Sabak Bernam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki sekumpulan penuntut politeknik di Jalan Parit Baru, Sungai Tengar di sini, malam tadi.

Kejadian pukul 9.50 malam itu menimpa  mangsa berusia 15 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan awal mendapati pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah itu menunggang motosikal Yamaha Y100 dari arah Bagan Nakhoda Omar menuju ke Sabak.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Pelajar itu kemudian melanggar bahagian kiri Perodua Alza dinaiki lima penuntut lelaki Politeknik Sungai Idris Shah (PSIS),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu dan penumpang berusia 21 serta 19 tahun cedera. Mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambah Agus Salim, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya