PCSB sahkan berlaku kebocoran gas di Pelantar Bekok A - Utusan Malaysia

PCSB sahkan berlaku kebocoran gas di Pelantar Bekok A

PELANTAR Bekok A yang terletak di luar pesisir Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Petronas Carigali Sdn.  Bhd. (PCSB) mengesahkan berlaku kejadian kebocoran gas di Pelantar Bekok A, luar pesisir Terengganu pada Selasa lalu. 

Bahagian Komunikasi Media Strategik Kumpulan Petronas dalam kenyataannya berkata, kebocoran gas di pelantar tersebut berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Bagaimanapun, pasukan tindak balas kecemasan kami telah digerakkan untuk mengawal keadaan dan sebagai langkah keselamatan, semua kakitangan pelantar itu juga dipindahkan,” kata kenyataan itu. 

Menurut kenyataan tersebut, PCSB juga telah menggantung sementara operasi di pelantar tersebut sehingga diberitahu kelak. 

“Kami juga akan tetap memastikan keselamatan semua pihak menjadi keutamaan. 

“Kesemua pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai insiden ini dan siasatan sedang dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya