Pasangan tular lakukan perbuatan jelik dibebas dengan jaminan polis

Pasangan tular lakukan perbuatan jelik dibebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasangan yang ditahan reman selepas tular kerana disyaki melakukan perbuatan jelik di dalam kenderaan baru-baru ini dibenarkan pulang setelah kedua-duanya diberikan jaminan polis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya bagaimanapun meneruskan siasatan sebelum kes berkenaan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Semalam, suspek lelaki yang berusia 22 tahun dan suspek perempuan yang berusia 17 tahun dikenakan tahanan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru. Perintah reman bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan itu dikeluarkan Majistret, Noorfazlin Hamdan.

Terdahulu, tular dalam media sosial satu rakaman memaparkan kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan jelik di dalam sebuah kenderaan berwarna merah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya