(PARLIMEN) KWSP: Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan

(PARLIMEN) KWSP: Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan, speaker kata ‘silakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir semua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap Dewan Rakyat yang menolak usul untuk membincang mengenai pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengemukakan usul itu selaras Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan isu pengeluaran wang KWSP kerana sidang Dewan Rakyat hanya berbaki hari ini dan esok. 

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng menolak keputusan usul berkenaan kerana ia telah dimuktamad oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebelum ini. 

Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan usul tersebut wajar dibahas kerana ia bersifat kepentingan awam dan perlu disegerakan. 

“Saya dapati banyak pandangan dan aduan keresahan daripada rakyat bahawasanya penjelasan daripada kedua-duanya tidak memuaskan mereka. 

“Jadi izinkanlah untuk kami bahaskan perkara ini hari ini…berbaki dua hari lagi sidang Dewan Rakyat, sebelum kita tamat sesi sidang parlimen hari ini,” katanya hari ini. 

Kiong Yieng kemudian meminta Wan Ahmad Fayhsal menghantar usul berkenaan sekali lagi sekiranya tidak berpuas hati selepas Johari menolak usul tersebut. 

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan ahli-ahli pembangkang yang lain termasuk Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) turut bangkit mendesak supaya membenarkan perbahasan KWSP. 

Kiong Yieng dilihat tidak mengubah pendiriannya dan bertegas tidak membenarkan sebarang perbahasan berhubung perkara itu. 

Hamzah: Kalau begitu caranya, saya fikir kami di sini mahu juga perkara ini dibahaskan. Kalau tidak mahu dibahas, kami boleh keluar untuk menunjukkan bahawa kami protes dalam perkara ini. 

Kiong Yieng: Silakan (keluar).

Pembangkang kemudian bertindak keluar dewan.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN