PETALING JAYA: Kerajaan digesa menyelesaikan segera isu kekurangan telur kerana beberapa lokasi di Pantai Timur mengalami masalah bekalan sumber protein itu yang kritikal. Satu sumber industri yang dihubungi Utusan Malaysia semalam berkata, di Kelantan pihaknya mendapati beberapa lokasi bekalan dicatu sehingga menyukarkan pengguna mendapatkan telur. Kata sumber, masalah itu berpunca akibat bekalan anak ayam sehari atau day old chick (DOC) yang sangat kritikal sekarang. Katanya, ia didorong penularan wabak selesema burung di kebanyakan negara pengeksport stok induk tuai atau parent stock (PS) yang digunakan untuk menghasilkan bekalan DOC. Sumber menjelaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya