Pak Bidin rindu sambut Aidilfitri bersama keluarga

Pak Bidin rindu sambut Aidilfitri bersama keluarga

ZABIDIN Man mengakui merindui suasana berbuka puasa dan menyambut hari raya bersama keluarga selepas menetap selama empat tahun di Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, Padang Besar, Perlis. – FOTO/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Setiap kali men­jelang Hari Raya Aidilfitri, ti­dak semua orang berpeluang menikmati saat-saat manis ber­kumpul bersama keluarga bagi meraikan lebaran itu.

Situasi sama turut dirasai seorang warga emas, Zabidin Man, 60, yang sudah empat tahun menetap di Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, di sini apabila hanya ditemani rakan-rakan penghuni lain sewaktu me­nyambut Aidilfitri.

Walaupun sudah beberapa tahun menyambut Ramadan dan Aidilfitri di rumah kebaji­kan itu, namun Zabidin atau lebih mesra disapa sebagai Pak Bidin merindui suasana bersama ahli keluarganya.

Zabidin yang tidak pernah berkahwin berkata, dia juga merindui juadah masakan sambal tumis ikan dan asam pedas disediakan allahyarham ibunya sewaktu berbuka puasa dan turut menjadi menu kebiasaan mereka sekeluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zabidin dari Bandar Baharu, Kulim itu berkata, dia dihantar oleh bapa saudaranya ke rumah kebajikan tersebut selepas berlaku perselisihan faham antara adik-beradik.

“Sebelum ini, ada berlaku se­dikit perselisihan faham antara kami adik beradik dan disebabkan itu bapa saudara saya memutuskan untuk menghantar saya ke rumah kebajikan ini.

“Walaupun dihantar ke sini, namun saya tidak pernah berdendam dengan mereka,” kata­nya.

Selepas menetap di rumah kebajikan itu, Zabidin yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, hubungan mereka juga tidak terjejas dan masih terjalin sehingga kini walaupun berjauhan.

Katanya, adik-beradiknya ju­ga menetap di luar bersama keluarga masing-masing selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

“Walaupun jauh, adik-bera­dik masih berhubung dengan saya melalui telefon bagi bertanyakan khabar dan sebagai­nya. Dan jika ada kelapangan, mereka juga akan melawat saya di rumah kebajikan ini,” kata­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya