Paip uzur punca tekanan air rendah

Paip uzur punca tekanan air rendah

SEORANG penduduk, Cham Eng membuka pili bagi menunjukkan tekanan air di rumahnya di Kampung Kubang Tiga, Padang Besar, Perlis, semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Isu tekanan air rendah di sekitar kawasan Kampung Kubang Tiga di sini yang berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu berpunca daripada paip-paip yang uzur.

Berikutan itu, penyaluran bekalan air buat pengguna di sekitar kawasan berkenaan sering kali terjejas khusus­nya sewaktu mendapat permintaan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP), Dr. Mohmad Asari Daud berkata, sekiranya tekanan yang berlebihan digunakan bagi menyalurkan bekalan air kepada penduduk terlibat, langkah tersebut bakal menyebabkan paip-paip berkenaan pecah.

“Disebabkan itu, kita berhati-hati dalam menguruskan permasalahan ini agar paip-paip yang uzur ini dapat masih digunakan untuk menyalurkan bekalan air walaupun ada beberapa kawasan mengalami isu tekanan rendah,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohmad Asari berkata, bagi penyelesai­an jangka masa pendek, SAP akan membantu penduduk terjejas dengan menyediakan lori tangki air bagi menyalurkan bekalan kepada pihak terlibat.

“Lori-lori ini akan dihantar mengikut aduan yang diterima dan kita cuba untuk tambah bilangannya selepas ini bagi membantu menyalurkan bekalan air kepada penduduk terjejas,” katanya.

Selain itu, Mohmad Asari berkata, SAP sememangnya mempunyai perancangan menukar paip-paip uzur sekitar negeri ini sebagai salah satu pelan jangka masa panjang bagi penyelesaian isu tersebut.

Katanya, untuk tujuan itu, SAP sedang mencari sumber kewangan melalui Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan isu itu diselesaikan segera.

“Kawasan Kubang Tiga ini memang dikategorikan sebagai kawasan bertekanan rendah dan kita sentiasa memantau bagi memastikan penduduk terjejas dapat menerima bekalan air sebaiknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya