Nora Danish jaga eksklusiviti, buka produksi sendiri - Utusan Malaysia

Nora Danish jaga eksklusiviti, buka produksi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir dua dekad dalam industri, pelakon, Nora Danish akhirnya membuka syarikat produksi sendiri demi menggali lebih banyak watak dan karakter yang mencabar.

Jelas pelakon itu, kekangan masa sebagai isteri dan ibu kepada dua anak juga menyebabkan dia lebih selesa untuk menyusun waktu jika mahu terlibat dalam pembikinan sesebuah naskhah.

“Saya banyak menolak tawaran sejak beberapa tahun ini terutama jika watak itu memerlukan komitmen masa yang tinggi. Risau juga kalau ada produksi yang merajuk.

“Itu antara sebab saya membuka syarikat produksi sendiri. Saya boleh aktif sesuai pada masanya. Dapat juga lepas gian untuk mencuba watak-watak berat yang belum pernah saya dapat.

“Kiranya saya boleh pilih pelakon, jalan cerita dan sesiapa saja yang saya teringin bekerja namun pada waktu sama memastikan kesejahteraan kru terjaga dengan baik,” katanya baru-baru ini.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdama filem Sumpahan Malam Raya yang bakal menemui penonton pada 22 April depan.

Dalam pada itu, tambah Nora, syarikat produksinya sendiri iaitu ND Production sudah beroperasi sejak Disember tahun lalu dan mengikut perancangan akan menerbitkan filem pertama hujung tahun ini.

“Tahun 2023 adalah waktu paling tepat untuk mencuba sesuatu yang baharu sesuai dengan pengalaman dalam industri seni selama 19 tahun.

“Saya sangat sayangkan kerjaya seni. Ada juga dengar orang kata saya memilih, tidak sebenarnya. Saya cuma menjaga eksklusiviti dan keutamaan sekarang adalah keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai Sumpahan Malam Raya, kongsi Nora, dia menerima tawaran pengarah, Profesor A. Razak Mohaideen itu kerana watak dibawakan dalam filem tersebut mempunyai keunikan serta sangat menyeronokkan.

“Saya memang suka bekerja di bawah A. Razak Mohaideen sebab dia seorang yang sangat terbuka selain mudah bertolak ansur dari segi jadual kerja.

“Bekerja dengan barisan pelakon lain juga sesuatu yang meninggalkan pengalaman manis hinggakan penggambaran berlangsung dengan lancar,” katanya.

Filem tersebut turut dibintangi Atu Zero, Reen Rahim, Datuk Yusry Abdul Halim, Datin Lisa Surihani, Danial Zaini, Rita Rudaini, Saiful Apek, Yassin Yahya dan Ropie Cecupak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya