PETALING JAYA: Pelakon, Naim Daniel mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan tangan selepas bermain mercun bola di kampung halamannya di Melaka, semalam.
Akibat kecederaan itu, penyanyi lagu Sumpah itu terpaksa menerima rawatan di klinik berdekatan.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Naim turut menunjukkan salah satu kuku jari di bahagian kanan pecah akibat kecederaan itu.
Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-34 itu turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak bermain mercun bola bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini menerusi hantaran di media sosial itu.