Musa Hitam selamat jalani pembedahan

Musa Hitam selamat jalani pembedahan

MUSA hitam (tengah) selamat menjalani pembedahan di hospital kerana cedera minggu lalu. - INSTAGRAM NAZIR RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas terjatuh ketika sedang berkebun, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu selamat menjalani pembedahan di bahagian otaknya.

Perkara tersebut dikongsikan Tan Sri Nazir Razak melalui hantaran di Instagram yang memaparkan gambar  tokoh selepas selesai menjalani pembedahan.

Menurut beliau, tokoh tersebut sedang beransur pulih dan kini sudah mampu berjenaka seperti biasa.

“Tun Musa meluangkan masa pada hari jadinya ke 89 tahun di atas meja bedah. Secara keseluruhannya proses pemulihan beliau adalah sangat ajaib setakat ini.

“Tun Musa sudah boleh melawak kembali. Mari kita sama-sama mendoakan beliau sembuh dengan sepenuhnya, boleh kembali bermain golf dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya