Muhyiddin tak sepatutnya keluarkan kenyataan bakar sentimen

Muhyiddin tak sepatutnya keluarkan kenyataan bakar sentimen – Anwar

MUHYIDDIN YASSIN dan ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebagai seorang ahli politik veteran, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mengapi-apikan dan menggalakkan perasaan niat jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang awam dan calon ketika berkempen sewaktu pilihan raya.

Tambah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhyiddin tidak mempunyai sebarang kewajiban untuk mengeluarkan kenyataan yang didakwa fitnah kerana ia dibuat di kawasan yang bukan kawasan yang diwakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu mendakwa kenyataan Muhyiddin itu berniat jahat kerana Ahli Parlimen Pagoh itu sudah mengetahui kebenaran mengenai dakwaan Anwar menerima RM15 juta kerana berkhidmat sebagai penasihat ekonomi Selangor setelah persoalan itu telah dijawab di Parlimen sebelum ini.

Plaintif (Anwar) juga menyatakan bahawa walaupun defendan (Muhyiddin) boleh menikmati kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Bahagian Pilihan Raya Persekutuan, dia berpendapat hak asasi ini layak dan masih tertakluk kepada pelbagai sekatan seperti Akta Fitnah 1957.

Itu merupakan jawapan Anwar kepada penyataan pembelaan Muhyiddin yang difailkan pada Januari lalu.

Pada 20 Disember 2022, Perdana Menteri memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berhubung dakwaan beliau (plaintif) menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam saman itu, Anwar, 75, mendakwa Pengerusi PN itu telah membuat kenyataan fitnah dalam satu ucapan semasa ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim, Kedah pada 5 Disember 2022.

Ucapan itu dibuat sebagai menyokong calon PN, Datuk Azman Nasrudin bagi PRU15 dengan ratusan pengunjung telah menghadiri ceramah tersebut.

Plaintif antara lain mendakwa, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor selaku penasihat ekonomi dan menipu orang ramai.

Sehubungan itu, Anwar menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.

Sementara itu, Muhyiddin dalam pembelaannya menyatakan, Anwar selaku ketua Kerajaan Perpaduan tidak sepatutnya tersinggung terhadap kritikan dan pertanyaan yang ditimbulkan sewaktu ceramah politik.

Muhyiddin sebaliknya menegaskan, sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri, Anwar seharusnya menjawab pertanyaan yang ditimbulkan secara terbuka dan sepenuh hati serta menafikan sebarang dakwaan yang dibangkitkan.

Ujar bekas Perdana Menteri, selaku tokoh awam dan pemimpin parti, mereka sentiasa berhadapan dengan dakwaan yang mungkin disalah nyata, disalah sebut atau diambil di luar konteks oleh media.

Sehubungan itu, Muhyiddin mendakwa, ucapannya semasa ceramah ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berunsur fitnah, sebaliknya adalah komen yang adil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya