Mudahkan syarat pinjaman berniaga - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Mudahkan syarat pinjaman berniaga – Ismail Sabri

Pinjaman
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan sewajarnya membantu rakyat mendapatkan pinjaman untuk berniaga yang ketika ini berdepan pelbagai kekangan bagi memenuhi syarat sehingga menyebabkan permohonan mereka tidak diluluskan.

Syarat-syarat dikenakan khususnya berkaitan dengan pinjaman melalui cagaran simpanan tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menekan pemohon yang ketika ini sedang berdepan tekanan peningkatan kos sara hidup.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanpa bantuan daripada kerajaan sudah pasti rakyat yang hendak berniaga mencari sumber pinjaman lain yang memudaratkan mereka di kemudian hari.

“Idea untuk menyuruh rakyat berniaga bagi menyelesaikan masalah kewangan memang baik dan tidak ada kesalahan pun.

“Cuma jika pelbagai syarat dikenakan untuk rakyat meminjam sudah pasti ia menyukarkan mereka untuk mengusahakan perniagaan,” katanya ditemui selepas menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada 500 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Terdahulu, rakyat disaran untuk mencari alternatif lain seperti berniaga berbanding membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelesaikan masalah.

Kenyataan tersebut dibuat Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali gus menolak usul pengeluaran KWSP bersasar yang dibahaskan di Dewan Negara.

Jelas Ismail Sabri, sebaiknya satu kaedah yang bersifat mempermudahkan peniaga-peniaga kecil diambil agar mereka tidak beralih kepada along.

“Kita ada Tekun tetapi hanya RM5000 sahaja, jika pergi bank macam-macam syarat dikenakan akhirnya pinjaman gagal diluluskan. Permudahkan syarat-syarat pinjaman untuk membantu peniaga itu yang sebaik-baiknya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya