Moreh nasi talam tradisi Masjid Kapitan Keling

Moreh nasi talam tradisi Masjid Kapitan Keling

AHLI Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang menunjukkan nasi talam yang menjadi tradisi sejak 1801 sempena malam 27 Ramadan di masjid itu. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 2,000 umat Islam menikmati moreh nasi minyak berlauk di dalam talam selepas menunaikan solat sunat tarawih sempena kenduri malam seminggu terakhir Ramadan di Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang, kelmarin.

Tradisi yang diamalkan sejak 1801 itu menyediakan 400 talam makanan yang dihidangkan kepada para jemaah bagi meneruskan tradisi tahunan setiap malam pada 27 Ramadan.

Amalan itu bukan sahaja dapat menghidupkan malam 27 likur, malah makan bersama di dalam satu talam boleh mengeratkan hubungan silaturrahim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya