Mohd. Shuhaily bakal dilantik Polis Kuala Lumpur

Mohd. Shuhaily bakal dilantik Polis Kuala Lumpur

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain bakal dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-117, Jumaat lalu.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan jawatan berkenaan adalah sebahagian daripada pertukaran beberapa jawatan penting yang diputuskan dalam mesyuarat SPP.

Seperti yang sudah diumumkan sebelum ini, jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur kosong selepas Datuk Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

“Justeru, SPP memutuskan Mohd. Shuhaily Mohd Zain mengisi jawatan berkenaan dalam masa terdekat.

“Pengumuman jawatan tertinggi ini akan dibuat oleh Urus Setia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui media di Putrajaya, malam tadi.

Saifuddin berkata, pertukaran itu akan membabitkan beberapa jawatan Ketua Polis Negeri.

Beliau berkata, sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu dan jawatan Pengarah JSJN juga akan diumumkan oleh Urus Setia PDRM.

Pada 14 Mac lalu, Urus Setia PDRM mengumumkan pelantikan Azmi sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan bagi mengisi kekosongan jawatan itu susulan persaraan wajib penyandang jawatan itu sebelum ini, Datuk Seri Zaini Jass pada 9 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya