Menjejaki saudara baharu kaum Tionghoa di Raub

Menjejaki saudara baharu kaum Tionghoa di Raub

MOHD. Muzil Adli Ne’mat (tengah) menyampaikan barang keperluan dapur kepada pasangan saudara baharu Islam di Kampung Sempam, Raub, Pahang. – FOTO/IHSAN MUIP RAUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 20 buah keluarga saudara baharu kaum Tionghoa disantuni pegawai dan kakitangan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Raub di sekitar daerah Raun baru-baru ini.

Pengurus Muip Raub, Mohd. Muzil Adli Ne’mat berkata, program bertujuan menjejaki saudara baharu Tionghoa untuk bertanyakan khabar serta memberikan motivasi sekali gus usaha dakwah menguatkan keimanan dan takwa golongan terbabit.

Katanya, program ini berjaya menjejaki 20 buah keluarga Tionghoa sekali gus dapat mengeratkan silaturahim dan menyelami masalah kebajikan masing-masing.

“Aktiviti ini turut disertai oleh pegawai Masjid Tengku Abu Bakar dan ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Sempam dan JPKK Sungai Lui juga dimurnikan dengan sumbangan hamper barangan keperluan dapur daripada Muip,” katanya di Kampung Sempam, Raub baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya