Mencari Azar Azmi - Utusan Malaysia

Mencari Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASANYA ini bukan kali pertama pertanyaan ke mana hilang pelakon, Azar Azmi menjadi bualan. Dia seakan sepi dan ‘hilang’ dari radar industri seni sejak beberapa tahun ini.

Kali terakhir dia memuat naik gambar adalah sekitar Mei 2022. Itu pun sekadar gambar mempromosikan produknya. Dia tidak menunjukkan muka dan hanya menunduk serta memakai topi.

Malah Instagram jenama perniagaannya juga sepi dan kali terakhir hantaran dilakukan adalah sekitar April tahun lalu.

Ramai beranggapan dia ketika ini sedang melalui fasa kemurungan dan anxiety sehingga tidak mampu berdepan masyarakat.

Ada yang mendakwa, dia malu kerana takut menjadi mangsa body shaming. Dia dikatakan mempunyai masalah berat badan sehingga takut dicemuh dan dimalukan kerana saiz badannya yang naik mendadak.

Poklip sendiri tidak tahu ke mana hilang pelakon itu. Ada beberapa kali juga Poklip cuba hubungi Azar tetapi tetap sama, nombor yang anda hubungi tiada dalam perkhidmatan.

Kalau sudah tukar nombor telefon pun, pasti ada yang dapat hubungi. Tetapi ramai juga rakan artis, pengarah dan penerbit yang risau dengan ‘kehilangan’ pelakon Pujaan Hati Kanda itu.

Malah meninjau ke ruangan komen di Instagramnya, ramai peminat meninggalkan kata-kata ‘Mencari Azar Azmi – 2023’. Mereka sendiri hairan mengapa pelakon itu menyepi selama lebih setahun.

Tetapi setakat ini, Poklip belum dengar lagi ada laporan polis dilakukan berhubung ‘kehilangan’ Azar. Rasanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat tahu keberadaan pelakon itu sekarang.

Poklip harap Azar berada dalam keadaan sihat dan baik. Jika sudah bersedia, kembali semula memeriahkan industri seni. Azar merupakan antara pelapis pelakon wanita terbaik.

Sayang jika bakat itu disimpan. Diharapkan juga, jika Azar sudah sedia kembali, jangan pula ada yang mencemuh dan menghina. Kita raikan kepelbagaian. Jangan memandang rupa, lihat bakat yang ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya