KEMUDAHAN pembiayaan patuh syariah MBSB Bank Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah inisiatif yang diperkenalkan bagi membantu memudahkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak mendapatkan kemudahan pembiayaan peribadi.
Apa yang menarik, kemudahan pembiayaan peribadi Ihsan-i menawarkan kadar yang kompetitif dalam memastikan pencarum mendapat faedah maksimum tanpa penjamin dan bayaran yang tidak membebankan.
Ini kerana MBSB Bank Ihsan-i menawarkan bayaran bulanan yang rendah untuk tahun pertama dan tempoh keseluruhan sehingga 10 tahun.
Ihsan-i adalah kemudahan pembiayaan peribadi yang datang dengan kadar yang rendah berbanding pembiayaan peribadi yang lain, bertujuan membantu ahli KWSPdan pemegang i-Akaun KWSP yang berumur berusia di antara 40 hingga 54 tahun, dengan simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2. dan pemegang i-Akaun KWSP mereka.
Secara tidak langsung, selain membantu menyahut inisiatif kerajaan, Ihsan-i yang disediakan MBSB Bank dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan melalui sokongan simpanan KWSP mereka.
Kemudahan ini juga menawarkan pembiayaan sebanyak RM3,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 120 bulan.
Pemohon perlu membuat bayaran bulanan sepanjang tempoh pembiayaan mengikut terma yang ditetapkan oleh pihak MBSB Bank dengan kadar keuntungan 4.5 peratus setahun iaitu yang terendah berbanding dengan-banding mana-mana skim pembiayaan.
Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja.
Ihsan-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah berlandaskan perbankan patuh syariah yang mengguna pakai konsep Tawarruq.
Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesawang www.fsa2mbsbbank.com yang telah bermula 7 April 2023.
Maklumat lanjut serta status permohonan boleh didapati di laman sesawang yang sama. Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan pembiayaan dan kedudukan kredit para pemohon. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 2083 7100. – UTUSAN