Maut makan ikan buntal: Jabatan kesihatan siasat bawah Akta Makanan 1983

Maut makan ikan buntal: Jabatan kesihatan siasat bawah Akta Makanan 1983

NG Ai Lee (tengah) bersama ahli keluarganya melakukan sembahyang kepada mendiang bapanya, Ng Chuan Sing di kediaman mereka di Chamek, Kluang, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pejabat Kesihatan Daerah telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Makanan 1983 berhubung pasangan  warga emas yang maut akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal, di sini, pada 25 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan ketika pelaporan kes pertama diterima dengan menjalankan siasatan di lapangan, mengenal pasti pembekal, pemborong dan penjual yang terbabit dalam urus niaga ikan buntal berkenaan.

“JKNJ telah dan akan mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan Jabatan Perikanan dan beberapa universiti tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perikanan serta toksin atau racun untuk mendapatkan penyelesaian secara menyeluruh di dalam perkara ini.

“Maklumat berkaitan ikan buntal ini juga telah dikongsikan di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Mac hingga 1 April lalu.

“Justeru, JKNJ meminta agar ramai sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan terutama jika ia mempunyai risiko yang telah diketahui,” katanya hari ini.

IKAN buntal yang siap digoreng dan dimakan oleh sepasang suami isteri sehingga menyebabkan mereka meninggal dunia dipercayai akibat keracunan.

Pada 28 Mac lalu, seorang wanita warga emas, Kuai Sin, Lim Siew Guan, 83, maut manakala suaminya, Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal berkenaan.

Selepas bertarung nyawa selama 14 hari, lelaki warga emas itu pula disahkan meninggal dunia hari ini.

Tian Soon berkata, Chuan Sing dirawat di ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang.

“Pesakit dipindahkan ke Wad Perubatan pada 5 April lalu dalam keadaan sedar dengan tanda vital pesakit stabil. Namun, pesakit masih perlu bernafas dengan bantuan alat pernafasan dan diberi makanan melalui tiub.

“Sekitar pukul  5.20 pagi ini, pesakit telah dikesan dalam keadaan tidak responsif ketika jururawat sedang menguruskan pesakit lain. Bantuan kecemasan telah diberikan serta-merta dengan kehadiran pegawai perubatan selama 30 minit sebelum diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya