Martabatkan Karya Agung Melayu - Awang Sariyan

Martabatkan Karya Agung Melayu – Awang Sariyan

AWANG SARIYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Karya Agung Melayu perlu dimartabatkan bagi memastikan ia dikenali, difahami dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat terutama generasi kini. 

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Senator Datuk Seri Dr. Awang Sariyan berkata, antara karya yang boleh dimartabatkan adalah karya agung berbentuk pensejarahan atau historiografi.

“Antara karya yang perlu terus dibaca dan dikaji adalah seperti Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Misa Melayu, Hikayat Pahang, Hikayat Kelantan, Hikayat Johor.

“Hikayat berkenaan merupakan sauh terpenting yang mendasari seluruh akal budi Melayu,” katanya dalam Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di sini hari ini.

Justeru itu, beliau berharap supaya semua pihak dapat memartabatkan Karya Agung Melayu supaya terus dipelihara terutama era pendigitalan kini.

“Maka adalah wajar dan wajib bagi setiap umat Melayu mula membeli buku-buku pensejarahan Melayu untuk menjadi diri sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pendigitalan amat dialu-alukan untuk menyelamatkan naskhah yang semakin reput. 

Katanya, usaha dan tindakan untuk mempertingkatkan jumlah pakar filologi juga perlu diambil segera.

“Kami menyediakan sedikit dana sebagai geran untuk pensiswazahan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). 

“Amat diharapkan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi supaya dapat melahirkan ahli filologi di setiap universiti untuk membolehkan mereka mengalih-aksara naskhah atau manuskrip berkenaan,” katanya.

Katanya, sejak ditubuhkan sebanyak 29 Karya Agung Melayu telah diterbitkan malah turut bercadang terlibat dalam penerbitan komik dan animasi dari sumber Karya Agung Melayu supaya diminati dan dinikmati generasi muda negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya