Mara lulus RM15 juta, tukar laptop guru, staf MRSM

Mara lulus RM15 juta, tukar laptop guru, staf MRSM

GURU-GURU di sembilan MRSM memerlukan komputer baharu bagi melancarkan tugas mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan peruntukkan sebanyak RM15 juta bagi membiayai proses  penukaran komputer riba lama guru-guru dan kakitangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) secara berperingkat.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas ramai guru-guru di sembilan MRSM yang dilawati sebelum ini mengadu mereka terpaksa bergantung kepada komputer riba lama.

Lebih menyedihkan, katanya, rata-rata usia komputer riba tersebut sudah menghampiri 10 tahun.

“Pagi ini selepas bertadarus dengan Bahagian Teknologi Maklumat MARA, saya mendengar sendiri taklimat proses penukaran laptop-laptop lama dalam masa terdekat dan segera.

“Tentunya tanpa berkompromi dengan segala prosedur operasi standard (SOP), tata kelola dan tata cara perolehan dan aspek ketelusan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi mengharapkan keputusan itu dapat lebih memberikan semangat dan perangsang kepada para pendidik di 55 MRSM bagi meneruskan agenda transformasi anak bangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya