Malaysia perlu ada idea inovasi berkualiti untuk tarik pelabur - Rafizi

Malaysia perlu ada idea inovasi berkualiti untuk tarik pelabur – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia perlu memiliki idea inovasi berkualiti serta potensi komersial tinggi bagi membolehkan negara menjadi tumpuan pelabur dan tarikan syarikat modal teroka asing.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, idea inovasi yang ditampilkan itu mestilah berupaya untuk diketengahkan sebagai produk digital dan teknologi.

Beliau berkata, sebagai contoh, pelabur dan syarikat modal teroka kini memberi tumpuan kepada Indonesia berdasarkan jumlah pasaran besar di negara itu serta populasi rakyatnya mencecah 230 juta.

“Apabila pasaran besar maka, kemungkinan lebih banyak idea inovasi berkualiti muncul sekali gus mampu berkembang dengan baik.

“Justeru, kerajaan ketika ini berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk mengarusperdanakan inovasi,” katanya pada majlis pra pelancaran Innovathon di sini, hari ini.

Katanya, meningkatkan produk dan pasaran produk digital dan teknologi tidak semestinya hanya bergantung pada bantuan, modal dan geran daripada kerajaan sahaja.

Rafizi berkata, apabila setiap idea inovasi itu berupaya di kembangkan dan dikomersialkan maka, ia secara automatik memberi isyarat kepada pelabur dan syarikat modal teroka asing untuk bekerjasama.

Menurutnya, Malaysia kini mempunyai kira-kira 10 syarikat pemula yang berjaya dan produk mereka diterima dengan baik oleh semua orang.

“Saya juga ada pengasas syarikat pemula dan saya ingin jelaskan bahawa cabaran terbesar bagi menghasilkan produk digital dan teknologi bukannya modal sebaliknya produk itu sendiri.

“Kalau produk itu bagus dan berpotensi tinggi maka, ia akan kekal berjaya sekali gus mampu menarik pelabur dan syarikat modal teroka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya