Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama PM di 3 negeri

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama PM di 3 negeri

ANWAR Ibrahim akan menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang berkunjung ke MAJLIS Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di 3 negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengadakan Rumah Terbuka di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, di sini sempena sambutan Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan memaklumkan, sebaliknya buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, program di Kedah diangkat sebagai program berstatus nasional dengan jumlah kehadiran pengunjung disasarkan seramai 25,000 orang, manakala negeri-negeri lain pula seramai 15,000 orang di setiap lokasi.

Program di Kedah diadakan pada 29 April bertempat di Hotel Raia, Alor Setar bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang, dengan Kementerian Dalam Negeri sebagai kementerian peneraju.

Program di Kelantan pula akan diadakan pada 12 Mei bertempat di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula dari pukul 7.00 petang hingga 10.30 malam, dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai kementerian peneraju.

“Negeri Terengganu pula diadakan pada keesokan harinya iaitu pada 13 Mei bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UNISZA bermula dari pukul 7.00 petang hingga 10.30 malam, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebagai kementerian peneraju.

“Selain itu terdapat tiga lagi RumahTerbuka Aidilfitri yang akan dihadiri Perdana Menteri dan dilaksanakan kerajaan negeri masing-masing iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan,” katanya hari ini.

Majlis berkenaan dianjurkan JPM melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama dengan kerjasama kerajaan negeri selaku tuan rumah selain kementerian peneraju turut dilantik bagi membantu majlis berkenaan.

Program ini dihadiri Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis berkenaan.

“Menteri Besar atau Ketua Menteri juga akan dijemput selain ahli jemaah menteri Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya