MAIWP salur RM1.7 juta bantu golongan mualaf

MAIWP salur RM1.7 juta bantu golongan mualaf

DR. MOHD. Na’im Mokhtar (empat dari kiri) bergambar dengan wakil-wakil NGO dan persatuan yang menerima replika cek bantuan aktiviti serta operasi pada program Rahmah Ramadan MAIWP di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM1.7 juta kepada golongan mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Usaha tersebut menunjukkan keprihatinan MAIWP kepada golongan mualaf dengan menghulurkan bantuan dan meraikan golongan itu dalam program Rahmah Ramadan, iaitu berbuka puasa bersama saudara baharu di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar berkata, MAIWP turut menyumbangkan bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang terlibat secara langsung dengan golongan mualaf untuk aktivititi serta operasi.

“Pertubuhan Kebajikan Islam Kebangsaan menerima sumbangan sebanyak RM800,000; Persatuan Cina Muslim Malaysia (RM200,000); Pertubuhan Gerakan India Muslim Malaysia (RM200,000) dan Hidayah Centre Foundation mendapat RM350,000.

“Kita harap dengan sumbangan diberikan oleh MAIWP kepada NGO berkaitan, mereka dapat membantu saudara-saudara kita daripada semua aspek seperti program pendidikan berterusan,” katanya pada majlis berkenaan.

Sementara itu, sempena majlis berkenaan turut diadakan penyampaian tiga anugerah kepada tokoh mualaf iaitu Ahmad Daniel AlHafiz Aduka (Dakwah), Sumayyah Teng Yoke Chin (Keusahawanan) dan Afrina Catherine Edwin Chan (Pendidikan) yang mana kesemua mereka menerima RM2,000 serta sijil penghargaan.

Dalam program sama, MAIWP turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai RM300 kepada 500 mualaf yang hadir sama dengan nilai peruntukan sebanyak RM150,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya